Saturday, December 8, 2012

tokoh badminton- Datuk Lee Chung Wei

Terdapat beberapa tokoh yang terkenal di era badminton antaranya ialah:

  • Lee Chong Wei 
  • Bao Chunlai
  • Chen Hong
  • Lin Dan
  • Peter Hoek Gade

Datuk Lee Chong Wei

Beliau lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak  ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 , maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.



No comments:

Post a Comment