Tuesday, December 18, 2012

Perayaan Dong Zhi


Perayaan DongZhi atau Perayaan Solstis Musim Sejuk secara harfiahnya "Keterlaluan Musim Sejuk") adalah salah satu perayaan yang paling penting yang diraikan oleh China dan negara Asia Timur lain semasa tempoh suria Dongzhi, pada atau sekitar 22 Disember apabila cahaya matahari adalah yang paling lemah dan siang hari terpendek. Ia berlaku pada 22 Disember (waktu Asia Timur) pada tahun 2011.
Asal-usul perayaan ini boleh disusur kembali kepada falsafah yin dan yang keseimbangan dan keharmonian dalam kosmos. Selepas perayaan ini, akan terdapat hari dengan waktu siang yang lebih panjang dan akan ada peningkatan tenaga positif yang mengalir masuk.

Di Kolej, kami juga mengadakan perayaan dong zhi dan menjemputkan kaum lain bersama untuk meraikan perayaan ini. Perayaan inin disambut untuk menyatukan pelajar cina apabila mereka berada di luar kampung. Sebelum perayaan tong zhi, kita akan bersama-sama membuat tang yuan dan suasana pada masa itu adalah seronok kerana kita bole membuat tang yuan sambil berbual-bual.

  Inilah merupakan tang yuan yang kita buat


 Sesi mengambil gambar selepas perayaan tong zhi

No comments:

Post a Comment