Amin iaitu kolej saya, kolej aminuddin baki secara malangnya telah berlaku tiga kali berturut-turut dalam masa satu minggu. Kali kedua adalah paling serious disebabkan ia berlaku di bawah paras saya sahaja. Menurut pihak bomba, kebakaran ini berlaku adalah disebabkan penggunaan elektrik yang terlalu banyak dalam satu soket... Dihararapkan melalui kejadian ini, penghuni -penghuni di kolej boleh menggunakan kemudahan-kemudahan kolej secara beretika supaya kemalangan tidak akan berlaku lagi.
Bomba dalam tugas memadamkan api
Ini yang berlaku di bawah paras saya, televisyen terbakar
Situasi selepas kebakaran berlaku
Tuesday, December 18, 2012
Perayaan Dong Zhi
Perayaan DongZhi atau Perayaan Solstis Musim Sejuk secara harfiahnya "Keterlaluan Musim Sejuk") adalah salah satu perayaan yang paling penting yang diraikan oleh China dan negara Asia Timur lain semasa tempoh suria Dongzhi, pada atau sekitar 22 Disember apabila cahaya matahari adalah yang paling lemah dan siang hari terpendek. Ia berlaku pada 22 Disember (waktu Asia Timur) pada tahun 2011.
Asal-usul perayaan ini boleh disusur kembali kepada falsafah yin dan yang keseimbangan dan keharmonian dalam kosmos. Selepas perayaan ini, akan terdapat hari dengan waktu siang yang lebih panjang dan akan ada peningkatan tenaga positif yang mengalir masuk.
Di Kolej, kami juga mengadakan perayaan dong zhi dan menjemputkan kaum lain bersama untuk meraikan perayaan ini. Perayaan inin disambut untuk menyatukan pelajar cina apabila mereka berada di luar kampung. Sebelum perayaan tong zhi, kita akan bersama-sama membuat tang yuan dan suasana pada masa itu adalah seronok kerana kita bole membuat tang yuan sambil berbual-bual.
Inilah merupakan tang yuan yang kita buat
Sesi mengambil gambar selepas perayaan tong zhi
Steve Jobs 2
Steve Jobs mewujudkan pembangunan produk baru di Apple bermula dari keberanian beliau menghasilkan produk yang benar-benar membuat diri sendiri teruja terlebih dahulu dan adakalanya ia bermula dengan dengan mempersoalkan kemampuan produk sedia ada. Sebagai contohnya idea penghasilan iPhone bermula dengan soalan-soalan pelik seperti di bawah:
“Apa yang kita benci ? Telefon bimbit. Apa yang kita akan ada dengan teknologi sedia ada ? Telefon bimbit dengan Mac di dalamnya. Apa yang kita mahu miliki ? Sebuah iPhone.”
Dan setiap usaha inovasi di Apple diambil begitu serius sehingga ia dipanggil usaha ‘moon shot’ di US. (‘Moon shot’adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada program angkasa lepas oleh NASA). Steve Jobs bersungguh-sungguh memfokuskan segala sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk walaupun kejayaannya di pasaran masih belum pasti sepertimana produk Apple TV, G4 Cube dan MacBook Air yang tidak berjaya di pasaran.
Namun, sebagai sebuah syarikat yang berteraskan inovasi, kegagalan adalah lumrah bagi Apple. Apa yang penting bagi beliau, setiap usaha penghasilan produk inovasi wajib dibuat dengan bersungguh-sungguh kerana apabila produk itu berjaya, kejayaan yang dicapainya adalah besar dan mengatasi kegagalan produk-produk terdahulu.
Ini dapat dilihat jumlah jualan iPhone yang mencecah 45 juta di seluruh dunia setakat tahun 2010. Manakala jualan iPad pula mencecah 3 juta unit hanya dalam masa 80 hari pelancarannya.
· Pasukan Kerja yang Istimewa
Tidak semua orang boleh bekerja dengan gaya kerja Steve Jobs dan tidak semua orang boleh bekerja dengan Apple walaupun mempunyai kemahiran dan pengalaman yang banyak. Apple memerlukan pasukan kerja yang mereka gelarkan sebagai ‘pasukan kerja yang istimewa’.
Setiap pekerja di Apple mempunyai fungsi tugas mereka sendiri tetapi terdapat ‘garisan halus’ di antara fungsi-fungsi tersebut di mana setiap dari mereka mesti mampu berkolaborasi atara satu sama lain walaupun mempunyai projek yang berlainan.
Steve Jobs juga hanya akan mengambil pekerja yang merasa tidak puas atau cukup dengan apa yang ada. Pereka produk Apple mestilah seorang fanatik dalam menghasilkan produk yang benar-benar sempurna sehinggakan bentuk skru di bawah MacBook pun dipastikan selari dengan rekabentuk keseluruhan MacBook tersebut. Steve Jobs memerlukan pereka produknya mempunyai kepercayaan (belief), nyalarasa (passion) dan komitmen dalam mencapai kesempurnaan.
· Kemampuan beremosi
Bagi jawatan jurutera, Steve Jobs bukan sekadar mencari mereka yang mempunyai kemahiran teknikal tetapi juga yang mempunyai kemampuan beremosi. Kemampuan beremosi di sini merujuk kepada nyalarasa dan daya tahan yang mampu mendorong diri jurutera tersebut untuk mengatasi segala halangan dari segi teknikal dan rekabentuk bagi memastikan sesuatu projek itu siap mengikut jadual.
Seperkara lagi, Steve Jobs mewujudkan tekanan di kalangan rakan sekerja di Apple adalah amat tinggi sehinggakan ketua sesuatu unit atau projek akan ditolak oleh orang bawahan sekiranya pencapaiannya lemah. Menurut Ketua Pegawai Operasi Apple iaitu Tim Cook, Apple bukan tempat bekerja bagi mereka yang mempunyai hati dan semangat yang lemah.
· Mampu Membentuk dan Mewujudkan Pasaran Baru
Bagi Steve Jobs, sesuatu produk yang dihasilkan tidak semestinya kerana pasaran memerlukannya, tetapi apa yang penting adalah untuk ‘menghasilkan produk yang pasaran yang mahukan sebelum mereka sendiri sedar mereka mahukannya’. Kerana itu Steve Jobs diketahui tidak berpegang pada kaedah kajian pasaran, grup fokus dan sebagainya tetapi dia menghasilkan produk yang beliau mahukan.
Sebagai contohnya, ketika iPhone dan iPad mula-mula diperkenalkan, adakah sesiapa yang mahukannya sebelum ia dijual? Tetapi apabila ia telah djual, hampir setiap daripada kita mahu memilikinya.
· ‘Cool factor’
Kemampuan berkomunikasi dan perhubungan awam Steve Jobs dikatakan faktor utama produknya berjaya di pasaran. Realitinya itu hanyalah faktor penyokong, faktor utama kejayaannya adalah faktor ‘cool’ (cool factor) yang ada pada produk tersebut yang terhasil dari inovasi kreatif, rekabentuk unik yang bergaya, mesra pengguna serta pada harga yang munasabah.
Seperkara lagi, dalam menghasilkan produknya, Steve Jobs sedar apa yang penting kepada majoriti pengguna adalah pengalaman menggunakan produk tersebut bukannya teknologi di sebalik produk tersebut. Pengguna lebih teruja dengan kemampuan iPod menyimpan sehingga 1,000 lagu bukannya dengan spesikasi pemacu keras (hard drive) di dalam iPod tersebut.
· Persepsi pasaran
Steve Jobs juga berjaya membentuk persepsi pasaran bahawa jenamanya adalah jenama berteknologi tinggi sepertimana jenama Chanel dan Polo dalam dunia fesyen. Produk-produk Apple telah menjadi produk yang mendefinasikan identiti pemiliknya di mana pemiliknya dipandang sebagai mereka yang inovatif, bijak, bergaya dan berbeza dengan orang kebanyakkan yang lain.
·
Steve Jobs
Steve Jobs merupakan antara tokoh yang saya gemari disebabkan kepimpinannya yang boleh mendapat perhatian daripada semua pihak termasuk pelajar, majikan dan negara.
Percaya atau tidak Steve Jobs tidak mempunyai ciri-ciri bos idaman seorang pekerja. Beliau terkenal dengan gaya kepimpinan autokratik dan sukar untuk sesiapa bekerja di bawahnya. Mereka yang pernah bekerja dengannya mengatakan beliau bukan sahaja boleh mengubah keputusan yang telah dibuatnya dalam sekelip mata malah adakalanya beliau akan memalukan mereka yang tidak sependapat dengan pandangannya.
· Visi yang idealistik
Tetapi di sebalik itu, Steve Jobs telah berjaya memulihkan Apple yang di ambang kejatuhan, menaikkan keuntungan syarikat dan mengembalikan imej Apple. Harga saham Apple telah meningkat lebih dari 8 kali ganda semenjak beliau menerajui Apple.
Walaupun beliau tegas dan keras dalam memimpin mengikut caranya sendiri, Steve dilihat sebagai seorang pemimpin yang bijak dan mempunyai visi yang idealistik iaitu ‘menghasilkan komputer sebagai suatu alat untuk mengubah dunia’ dan ini membuatkan ramai yang tertarik untuk bekerja dengannya.
Pencipta iPod dan iPhone ini meletakkan tanda aras yang tinggi untuk inovasi dimana beliau merupakan CEO yang sangat obses dalam memastikan produk-produk Apple sempurna dalam setiap perkara. Steve Jobs memastikan produknya adalah yang terbaik kerana beliau percaya jika ‘anda menghasilkan sesuatu yang amat hebat, maka setiap orang akan mahu menggunakannya’.
Malah, dedikasi beliau pada penemuan baru dan kecemerlangan ini telah mencipta budaya yang menjadikan Apple sebagai simbol inovasi.
· Matlamat yang Jelas
Dalam pandangan Steve Jobs, matlamat akhirnya bukannya untuk membuat keuntungan tetapi Apple meletakkan dengan jelas matlamat utamanya ialah untuk ‘merekabentuk, membangunkan dan membawa kepada pasaran produk-produk yang lebih bagus’. Steve Jobs percaya dari situ, orang ramai akan menyukai produk-produknya, mendapatkannya dan dari situlah mereka menjana pendapatan.
Kerana itu, Steve Jobs memastikan agar mereka tidak hanya sekadar menghasilkan produk baru yang hanya sekadar berbeza dengan produk pesaing tetapi beliau memastikan produk yang dihasilkan lebih bagus serta mempunyai kualiti tinggi. Bagi Steve Jobs, sekadar menghasilkan produk yang berbeza dan baru itu adalah mudah.
Penekanan pada aspek ‘lebih bagus’ pada produk Apple mencerminkan pendirian syarikat tersebut untuk tidak mahu menjadi sebuah syarikat yang berterusan mengeluarkan produk yang baru hanya semata-mata kerana mahu terus ‘hidup’ tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Bagi Steve Jobs, adalah satu pembaziran apabila sesebuah syarikat itu menggunakan segala sumbernya yang ada termasuk masa bekerja pekerja hanya untuk mengeluarkan produk yang baru yang tidak memberi nilai baru pada pembeli.
· Inovasi, Satu Cara Hidup
Inovasi merupakan jantung dan nyawa Apple. Steve Jobs menyatakan inovasi tidak dijadikan kenyataan yang ditampal di dinding One Infinite Loop, ibu pejabatnya tetapi ia dijadikan cara hidup di syarikat tersebut. Mereka bukan setakat berfikir bagaimana untuk menghasilkan produk baru yang lebih bagus seperti iPod dan iTunes Stores (yang merupakan ‘kedai jualan’ muzik kedua terbesar di US selepas Walmart).
Tetapi mereka juga berterusan mengenalpasti jalan bagi menambahbaik produk sedia agar menjadi lebih bagus, contohnya seperti iPad 2 yang lebih 33 peratus lebih nipis, 15 peratus lebih ringan dan 2 kali lebih laju dari iPad 1. Begitu juga dengan iPod Nano yang merupakan inovasi dari produk asalnya iaitu iPod.

Pulau Pinang - kampung saya
Saya tinggal di Pulau Pinang sejak kecil lagi. Pulau Pinang merupakan tempat yang saya sukai kerana ia dikelilingi laut, disebabkan saya suka memancing dan juga mendaki bukit. Pulau Pinang telah menjadi tempat yang saya suka. Makanan di Pulau Pinang juga dianggap sedap sehingga ia dikenali sebagai syurga makanan di Asia.
Inilah pemandangan malam jambatan Pulau Pinang yang saya tangkap
Saya sedang mendaki bukit yang mencabar
Pulau Pinang yang dikelilingi oleh laut
Special Mandarin
- The following is a collection of sentences in Mandarin which I believe are special in some way.
- What do I mean by “special”? Well, let’s just say grammatically and structurally they’re not exactly typical. and in most cases they stand-alone as in independent expression. Plus, many of them contain elements of Chinese culture that set them apart from regular sentences.
1. 你吃饭了吗? nǐ chī fàn le ma?
Literally: ‘”Have you eaten?”
Function: Greet someone when Chinese meet each other.
Near-equivalent phrase in English: “How’s it going?” or “How are you?”
2. 你多吃一点。 nǐ duō chī yì diǎn.
Literally: “Eat some more.”
Function: Expresses one’s hospility for a guest.
Near-equivalent phrase in English: “Have some more.”
3. 慢慢吃。 màn man chī.
Literally: “Eat slowly.”
Function: Expresses politeness to someone when eating.
Near-equvalent phrase in Ehglish: “BoN appétit” or “enjoy your meal”.
4. 慢走。Mànzǒu.
Literally: “Walk slowly.”
Function: Expresses politeness to someone when leaving someone’s house or a hotel, restaurant, etc.
Near-equvalent phrase in English: ”Take care.” or “Have a safe trip”.
5. 慢慢来。 màn man lái.
Literally: “Come slowly.”
Function: Expresses to someone to take it easy.
Near-equvalent phrase in English: “Take it easy”, “Take your time” or “Easy does it”.
6. 我跟你讲。wǒ gēn nǐ jiǎng.
Literally: “I speak to you.”
Funtion: Used to get someone to listen to you when you want you tell them something you think is important.
Near-equivalent phrase in English: “Look,…” or “Listen,…”
7. 我先走了。wǒ xiān zǒu le.
Literally: “I go first.”
Function: Used to tell someone that you’re leaving, and that they can stay in the same place if they wish.
Near-equivalent phrase in English: “I’m off.” or “I gotta run.”
8. 请问一下。 qǐnɡ wèn yí xià.
Literally: “Please [let me] ask.”
Funtion: Used when you wish to ask someone (usually a stranger) a question.
Near-equivalent phrase in English: “Excuse me.”
Learn Number In Chinese
- Large numbers also present a challenge. The next major division after 1,000 is 10,000 (yī wàn), so numbers above 10,000 are expressed as 'one ten thousand' 'two ten thousands' etc, up to 100,000,000, which is a new character pronounced as yì.
- The only vocabulary needed for all the numbers up to 100 are 0 (ling) to 10 (shí). The numbers from 10 to 19 are expressed as '10-1' (11), '10-2' (12) etc.
- Twenty is expressed as '2-10', thirty is '3-10' etc.
- When there is a zero in a number, such as '101', it must be stated: for example one-hundred zero one (yī bǎi líng yī).
Mandarin Numbers
0 ling 零
1 yī 一
2 èr 二
3 sān 三
4 sì 四
5 wǔ 五
6 liù 六
7 qī 七
8 bā 八
9 jiǔ 九
10 shí 十
11 shí yī 十一
12 shí èr 十二
13 shí sān 十三
14 shí sì 十四
15 shí wǔ 十五
16 shí liù 十六
17 shí qī 十七
18 shí bā 十八
19 shí jiǔ 十九
20 èr shí 二十
21 èr shí yī 二十一
22 èr shí èr 二十二
etc
30 sān shí 三十
40 sì shí 四十
50 wǔ shí 五十
60 liù shí 六十
70 qī shí 七十
80 bā shí 八十
90 jiǔ shí 九十
100 yì bǎi 一百
101 yì bǎi líng yī 一百零一
102 yì bǎi líng èr 一百零二
etc
1000 yì qiān 一千
1001 yì qiān líng yī 一千零一
etc
10,000 yì wàn 一萬
Subscribe to:
Posts (Atom)